Friday, December 17, 2010

Musafir di Bumi Ya Wasi'....

...Benarlah penerangan Allah SWT sepertimana dalam surah Al-Ghasyiyah maka apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana unta diciptakan?, dan langit bagaimana ia ditinggikan, dan gunung ganang bagaimana ia ditegakkan, dan bumi bagaimana dihamparkan, Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan..

seindah bumi Tuhan yang menciptakan, akhirnya sampai juga di bumi kemboja yang dulunya aku mengenali hanya dalam kamus sejarah geografi yang memetakan aktiviti ekonomi dan pelancongannya seperti tonle sap, sungai mekong dsb. cuma saat ini,aku sendiri melihat dan menghayati aturan Tuhan...jika dibandingkan antara tanah airku dan bumi kemboja, pastinya disudut hatiku memilih tanah airku sendiri, benarlah kata pepatah, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"...justeru aku merafa'kan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi masih memilih jiwaku berada di Bumi Allah kerana padaku bila2 masa saja Allah mampu menjadikan bumi malaysia senasib seperti negeri champa.
lawatan ke perkampungan champ yang mengambil masa 3 jam lebih perjalanan akhirnya kami sampai di madrasah yang dikelolakan oleh ustaz salleh. di sambut dengan tepukan gemuruh anak anak kecil orang champ sambil berbaris menyambut kehadiran kami. Subhanallah, hanya Allah SWT saja yang memahami perasaan ku ketika itu, hiba bercampur terharu dengan keadaan mereka. melihat wajah makcik2 yang memancarkan senyuman membuat hatiku sedikit senang sekurang2nya kehadiran kami disitu memberi sedikit ketenangan buat mereka..kami dihidangkan dengan makanan ala kampung orang islam champ yang sungguh lazat, sup lembu, kari lembu, ikan bakar, buah susu ( x pernah jumpa kat malaysia)...subhanallah...dalam 3 jam lbih kami berada sekitar kampung. sebelum balik, kami bersalaman dengan makcik2 dan anak2 kecil, walaupun seketika bersama namun perpisahan ini amat menyebakkan sanubariku, kutahan air jernih dari tumpah ke bumi namun apakan daya qalbu seorang wanita, ia tetap mempengaruhi emosiku...ku peluk makcik itu pnuh erat, ku bingkis secangkir senyuman buat mereka yang masih terus melambai, lambaian hilang dalam keserabutan semak yang banyak, van terus meneruskan perjalanan pulang ke Phnom Penh.....melihat, menghayati, serta mengadaptasi bumi ciptaan Allah Ya Waasii' ....

Tuesday, July 27, 2010

imbasan...

..."na,da sembahyang ke blum?, nanti jangan lengah lengahkan sembahyang ye..." itulah pesanan terakhir babaku pada emak seakan mengetahui episod pengakhirannya akan tiba, emak hanya mampu menahan sebak yang menusuk jauh dalam hatinya...isteri mana yang sanggup ditinggalkan suami, namun begitu ketetapan Allah SWT tetap berlaku...dalam beberapa jam kemudian babaku menghembuskan nafas terakhirnya, detik cemas dan sedih menyelubungi saudara maraku malah rumahku semakin ramai orang yang datang ziarah...
...kring,kring, kring...assalamualaikum ida, baba suruh balik sekarang, baba tak sehat, kejap lagi abang sampai..,ak baru saja menerima panggilan daripada abangku kira2 jam 7.20 pagi, terdengar sedikit kelainan di suaranya..apa yang berlaku,nape bukan emak yang bagitahu, mesti ade something yang berlaku ni,mujurlah rumah ku tidak jauh dari kolej matrikulasi ni.. getus hati kecilku....langkah ke kuliah ku hentikan dan berpatah balik ke block B5, fikiran ku kusut, kacau dan berserabut, agak terkedu dengan panggilan tadi. tangan ku hanya sempat mencapai sebuah Al Quran terjemahan dan terus bergegas ke pusat pentadbiran untuk menunggu abangku...prosedur kebenaran pulang untuk aku balik sangatlah merumitkan, naseb baek Allah beri pertolongan melalui sahabat rapatku nadiah. die la yang bantu aku mengambil borang dan sebagainya..setelah selesai aku terus menunggu sambil membaca surah yasin untuk menenangkan jiwaku pada masa itu..dalam beberapa minit abangku pun sampai...aku terus menerpa dia dan bertanya...namun, abangku diam membisu dan hanya menjawab "nanti abang faizal bagitahu dek" kita balik dulu...owh rupanya abang abangku sudah berada di rumah...Ya Allah, berderau darahku, aku pasti dan dapat mengagak apa yang berlaku cuma aku tak pasti sama ada emak atau ayahku yang pergi meninggalkanku...aku tidak henti henti membaca Yasin walaupu aku rase entah berapa kali aku ulang surah yang sama, jiwaku kacau sambil abangku memecut laju...sampai di perkarangan rumah, aku melihat sendiri saudara mara, jiran tetangga, anak murid ayahku juga ada...owh Allah btul2 aku diuji dengan realiti...aku terus turun dari kereta dan berlari memasuki rumah..aku melihat sebuah tilam terbentang di ruang tamu tapi tiada jasad di situ...aku masuk ke ruang dapur, aku menyaksikan kakak kakak ku bermandi air mata..kak ani, mane emak? mane baba?...mane kak?..kakakku terus memeluk erat aku..."sabar dek, baba dah tak de"..jawabnye ringkas sambil menahan air mata namun butiran itu tetap tumpah..mane emak?, tanye ku lagi..."emak di hospital dengan abang faizal dan abang fairus, kejap lagi emak sampai".. Ya Allah, terkilan yang amat sangat aku tak sempat menatap wajah baba buat kali terakhir, seingat aku aku bersalaman dengan arwah 3 hari sebelum ni, sempat la juge aku pulang ke kampung minggu lepas....Allahu Akbar, aku tak dapat meneruskan lagi..bersambung~ sesungguhnya kematian itu pasti~ setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati...

~sebuah diri yang sedang mengenali Pencipta~

Tuesday, July 6, 2010

Hati kecilku terus berbisik...


....Malam ini rasanya lapang sekali, tiada kesibukkan, kurang pergerakkan, dingin, nyaman, dan tenang, istirehat seketika di jalan mujahadahku yang derita. inilah diriku wahai Ilahi, tak punya kesucian hati, tidak memiliki keindahan yang dapat ku persembahkan. Inilah diriku yang penuh cela dan dosa. Ku cecahkan dahi di hamparan itu, seakan ku tuang segala kabut dan serabut fikrah yang kusut. Fikrah inilah yang mencipta dosa demi dosa. Sesah akal ini Ya Allah, palu akal ini Ya Rahman dengan belantan inzar dan tazkirahMu, sujud dan rukukku, menyesali segala aib dan dosa. Ya Lathif, berikan aku hati yang lain.yakni hati yang lebih yakin, hati yang lunak agar mampu mencintaiMu dengan cintaMu. Aku dambakan kebaikkan yang melahirkan kebaikkan. Aku pohon ketenangan yang memberikan ketenangan. Semoga hari ini dan selamanya, hati ini sentiasa mendapat cahaya dariMu, juga semoga hari ini dan selamanya hati ini tenang dan terisi dengan kecintaan kepadaMu..Alhamdulillah, thumma (kemudian) Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah...

Saturday, July 3, 2010

Kasih Sayang Allah...


...lame sungguh tidak mengupdate laman luahan hati ni..maaf kpd pengunjung yang ternanti2 entry baru dariku...mase yang terluang ni membuatkan jejariku tergerak utk menaip sedikit perkongsian diri, bukan lah suatu perkongsian menarik sebaliknya saje nak memenuhi masa yang terluang...

..Disaat rasa gembira itu hadir, membuatkan diriku bahagia..kekadang juga perasaan sedih itu bertandang membuatkan diriku suram...tika dikelilingi sahabat2 seperjuangan diriku merasaka cukup bahagia bersama mereka sebaliknya bila mengenangkan kembali kelemahan diriku, aku cepat berubah menjadi sedih...kenapa itu berlaku??? persoalan yang selalu berlegar di perkarangan mindaku..ahh letih aku memikirkannya, kekadang terdetik di hati kecilku.." Allah nak uji aku"...itu antara jawapan yang sedikit mengubat rasa sedih ku terhadap tanggapan ku sendiri..." Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya"...ye, aku masih berpegang pd janji itu...ujian Allah datang tanpa diduga..Dia berhak menguji aku pada bila2 masa sahaja dikehendakiNya...apa yang cuba aku tanamkan dalam diri???...Ya! aku mesti tabah untuk menghadapinya!...aku selalu diuji dengan kematian yang tak diduga bermula dengan bapaku yang tercinta diikuti emakku yang tersayang turut pergi menghadapNya, kini anak saudaraku yang berusia 20 hari, kemudian nenekku juga turut menyertainya..baru2 ini, datukku pula dipanggil utk selamanya...KEMATIAN ITU PASTI..tiada penafian terhadap itu...kesakitan yang selalu mengunjungiku kini kuharapkan menjadi penghapus dosa2ku sebelum giliran ku tiba...wahai diri yang ingin dikasihi, cukuplah kasih dan sayang Allah yang merawat diriku, menjadi penawar tika kesakitan, menjadi peneman ketika kesunyian..cukuplah Allah bagiku yang mencipta dan mengatur urusan hidupku dan keseluruhannya..Allahu Robbi! aku serahkan segala jiwa dan ragaku padaMu yang Satu, Tuhanku..ALLAHU AKBAR!!!

Sunday, March 21, 2010

BuAtMu PuTeRiKu SaYaNg...
Sebutir permata di perlubukan
Memancar sinaran di kegelapan
Biarpun tersimpan dalam lumpur
Serimu takkan luntur
Terlukis di wajah keriangan
Tergambar sebuah ketenangan
Namun tak siapa yang mengerti
Rahsia dalam hati
Wanita tertawa
Wanita menangis
Wanita tersenyum
Wanita berduka
Biar apa yang menanti
Ku tetap teguh berdiri
Dalam satu perjuangan
Yang tak berkesudahan
Engkau korbankan segalanya
Tak pernah pinta balasnya
Kau titiskan air mata
Namun tersenyum jua
Wanita engkaulah sang lantera
Tanpamu sepilah persada maya
Semoga kau damai sejahtera
Untuk selama-lamanya

Thursday, March 18, 2010

dari sudut hati...

Kadang kala kepenatan berlegar di kepala ciptaanNya,
Kerna kepenatan di pertengahan jalan,
Kadang kala diri ini rasa kebebanan,
Kerna penat dengan ujian yang melempar,
Pada siapa ingin aku mengadu!
Perasaan yang letih bertamu di hati,
Membuatkan aku lemah dan kadang kala tidak tentu arah,
Banyak perkara inginku fikirkan untuk membantu gerak kerja Islam,
Kadang kala aku berada di kampus,
memikirkan apa yang boleh AKU SUMBANGKAN untuk ISLAM di sana,
kadang kala aku di hantar berhijrah ke tempat lain,
Untuk meneruskan agenda tersirat da'wah walaupun hakikatnya aku perlu melaksanakan syiar lain,
Aku tetap akan berusaha bawa sayap da'wah walau di mana pun aku berada,
Kerana aku adalah diri aku yang lemah,
Tidak punya apa dalam hati ini melainkan cinta yang berahi,
Cinta yang tidak disaluti dengan apa-apa kemewahan dunia,
Cinta yang tidak mungkin dapat dilihat oleh manusia meskipun jin dan syaitan,
Cinta yang tidak mampu diukur dengan apa-apa di dunia ini,
Cinta yang terlalu panas di siang hari ketika berda'wah,
Namun melempiaskan kesejukan di malam hari,
Sepertiga malam yang aku sentiasa nanti-nantikan membuatkan jiwaku aman,
Tanpa usikan si Adam yang kerap menganggu berhari-hari,
Tanpa usikan si sahabat yang meminta pertolongan,
Tanpa usikan si adik-adik usrah yang menyatakan ingin sentiasa dinasihati,
Tika diri ini bersujud taubat kepadaMu,
Aku terasa kerdil,
kerna aku hanyalah hambaMu yang amat biasa,
HINA!HINA!HINA!
dengan kelalaian aku sendiri,
Aku bukanlah tempat untuk meminta nasihat,
Untuk menjadi rujukan manusia,
AKU HAMBA HINA!
Yang seringkali menangis!menangis!menangis!
Setiap kali aku sujud malam kepadaNya!
Atas kerana apa aku menangis?
Melainkan kerana dosa yang banyak,
Dosa kepada pancainderaku,
Yang diberikan Tuhan,
Dosa hati yang kadang kala ingin melawan perintah Ilahi,
Untuk bersenang lenang dengan kawan-kawan di dunia ini,
Untuk lari daripada da'wah kepada ummah,
Maafkan Aku Allah,
Aku minta maaf kerna terlalu banyak air mataku yang mengambil tika malam hari,
Aku bermohon taubat kepadaMu,
Ini kerna aku hanyalah hambaMu,
Yang sememangnya terlalu dhaif dan hina,
Untuk bawa panji Islam,
Namun,
aku kan berusaha untuk memegang bebanan ini kerna aku hanyalah hamba dhaif.
Ya, Allah, tika aku sedang keletihan ini, aku bermohon kepadaMu sihatkanlah tubuh badan ku untuk melawan nafsu agar aku mampu berjihad dalam perjuangan agamaMu. Izinkan aku untuk berhijrah keluar berda'wah, meskipun tidak sehebat Rasulullah. namun, aku akui bahawa aku umatnya dan akulah pewaris misi da'wahnya. Maka Ya Allah!aku serahkan segala kekuatanku untuk agamaMu dan aku serahkan segala kelemahanku untuk dibantu oleh para malaikatMu tika aku kepenatan berda'wah dengan izinMu. Ya Allah, meskipun aku tidak mempunyai harta yang banyak untuk berjuang pada jalan agamaMu, aku bermohon agar Engkau serahkan aku pada jalan yang mampu untuk aku sumbangkan pada jalan yang Engkau izinkan. Engkaulah satu-satunya tempat pengharapan dan pergantungan dan Engkaulah pelindung orang-orang yang beriman. Kurniakanlah aku zuriat keturunan yang soleh dan solehah sehingga kami ke syurgaMu.
Amin

Wednesday, January 20, 2010

masih ada ruang...

Dengan Kasih dan sayang Mu, akhirnya Kau beri kudrat kepadaku untuk terus melakar liku liku kehidupanku, benarlah Engkau Ya A'zhim...
Syaikh Ibnu Atha'illah mengatakan
"tiap-tiap kalimat yang keluar dari lisan, pastilah membawa corak bentuk hati yang mengeluarkannya.hati bagaikan teko.teko hanya mengeluarkan isinya , bila ia berisi air kopi maka yang keluar juga adalah kopi,demikian pula, jika isinya air bening, maka yang keluar pun pastinya air yang bening"...begitu juga peribadi diri kita...
bila kita kembali melihat tradisi salafus solih, kita dapati bahawa salah satu cara mereka cemerlang dalam kehidupan kerana mereka aktif memprogramkan diri untuk mengembara, berinteraksi dan bersilaturrahim dengan golongan manusia. begitu juga cara mereka belajar membina kekuatan diri.Antara salah satu caranya ialah menambah ilmu dari para ulama seperti mana yang dilakukan Ibnu Qayyim Al Jauziyah.siapakah beliau?...ha dialah anak murid kepada Ibnu Taimiyyah.beliau selalu berbincang dengan gurunya,Ibnu Taimiyah sehinggakan pada suatu hari beliau berkata "Demi Allah, tidak pernah aku melihat orang yang sebegitu damai melebihi Ibnu Taimiyah,dia tergolong dalam golongan orang yang suka pada persoalan2 hidup sederhana, qana'ah terhadap pemberian Allah,tawadhu', aktivitinya selalu dihalang bahkan selalu keluar masuk penjara", namun begitu kehidupanya tetap tenang dan kesabaran jelas terpancar di wajahnya...Bila hatiku tidak tenang,aku akan segera menemuinya dan mendengar perkongsian yang beliau sampaikan dan menjadikan hati ku tenteram dan tumbuh kembali rasa percayadiri dalam menghadapi kehidupan di dunia.Maha suci Allah atas segala sesuatu (Abdul Maqshud, merajut hati,1994: 43)...
"Hati yang bersih laksana cermin yang bening, boleh memantulkan sinar dengan begitu cerahnya" (Imam Al Ghazali)...
hati...bersambung