Thursday, August 27, 2009

Segala puji bagi Allah, yang banyak membantu dalam segala urusan seharian kita. Ada masa kita rase bersemangat untuk beribadah, puasa, bace Quran dan adakalanya jg tugas seharian membuatkan kita rasa penat, letih, serta beralasan untuk baca Quran dsb. Apa apa pun semuanya bergantung pd hati kita. Kerana sesungguhnya ruh kita ni boleh berupa dengan bermacam2 wajah. Kadang kala mutmainnah (jiwa yg tenang dan soleh dan terarah utk buat baik), kadang kala lawwamah (mencela dan tercela), atau kadang kala berbentuk ammarah (mendorong kearah kejahatan kecuali diberi rahmat). Maka, elakkanlah dari berbincang perkara perkara yang kurang kepentingannya sehingga yang boleh menjatuhkan maruah kita sebagai pembawa Islam itu sendiri. Apapun semuanya bergantung kpd diri kita sendiri. Sesungguhnya manusia yg kental imannya tidak akan sedikit pun terjejas dgn cbrn di sekeliling mereka. saya yakin dan percaya, sahabat2 juga mahu menjadi seperti mereka yang kental serta tegar imannya.


“…..wahai sahabat2, serulah mereka berbuat kebaikan dan cegah lah dari membuat kemungkaran…kata seorang sahabat mengingatkan yang lain”.......

Adakalanya Kita perlu memberi peringatan pada orang sebagaimana seruan Khaliq dalam surah AlA’la(ayat 9) dimana dalam peringatan itu banyak manfaatnya… , kita pinta orang buat itu dan ini, tetapi pernahkah kita terfikir dimanakah kita meletakkan diri kita sewaktu bercakap, adakah kita hanya sekadar memberi peringatan/memberi arahan @ menuding jari kea rah orang lain apabila tersilap. Saya teringat kisah seorang sahabiah pada zaman Rasulullah Saw, iaitu hindun binti abu umaiyah, dimana dia ni merupakan isteri kepada rasulullah dan jg ibu kepada salamah ( ummu salamah ). Nak dikisahkannya, suami ummu salamah ni sangat aktif di medan perang sehinggakan syahid di pangkuan Rasulullah semasa perang Uhud. Agak lama beliau menjadi ibu tunggal. Ramai sahabat yg dtg utk melamarnya termasuk Rasulullah sendiri tetapi beliau menolaknya dgn cara yg baek, sehinggakan ape kate ummu salamah semasa dipinang rasulullah, “ aku menolak lamaran Rasulullah krn aku sudah tua, bersifat cemburu, dan byk tanggungan keluarga,”.
Maka jawab Rasulullah, “Ya Ummu salamah, jika kamu sudah tua, maka aku lebih tua darimu, jk kamu bersifat cemburu, maka Allah akn hilangkan sifat cemburu dlm diri kamu, jk kamu byk tanggungan keluarga, maka Allah dan Rasulnya akan menanggungnya,’. Terpegun Ummu salamah mendengar jawapan nabi dan beliau bersetuju berkahwin dengan Rasulullah. Sewaktu beliau mengikuti rombongan utk menunaikan haji di Makkah, rombongan Rasulullah telah dihalang pasukan tentera quraisy Makkah daripada memasuki kota Makkah sehinggalah termeterai perjanjian hudaibiyah, selepas perjanjian tu Rasulullah mengarahkan pengikut rombongannya sembelih unta, cukur rambut dan kemudian akan pulang semula ke Madinah semula. Alangkah terkejutnya Rasulullah melihat tiada seorang pun dikalangan mereka menyahut arahan Nabi dan Rasulullah tidak ulang arahan tersebut kerana salah satu sebab nabi takut turun kemurkaan Allah pd mereka yang enggan mengikuti arahan baginda, SUBHANALLAH. Baginda berasa sangat sedih dan masuk ke dalam khemah. Maka ummu salamah pun bertanya, ya Rasulullah mengapa kamu bersedih wahai kekasih Allah? Maka rasulullah pun menceritakan kpd isterinya, maka apa kata ummu salamah, “keluar sekarang dan jangan kata apa- apa pada mereka, sembelih unta sebagai korban dan panggil tukang gunting untuk cukur rambut”. Baginda menuruti cadangan ummu salamah dan terbukti apabila Rasulullah melakukan semua perkara itu, semua ahli rombongan bangkit dari tempat duduk lalu menyembelih korban masing-masing serta cukur rambut. Ini terbukti, bahawa praktikal dalam sesuatu perkara lebih efektif berbanding dengan berkata kata sahaja..Justeru, saya menyeru diri yang dhaif ini dan sahabat2 agar kita renung kembali, koreksi diri seterusnya laksanakan apa yang kita iqrarkan, ble rujuk surah Assaf ayat 2-3. sebagaimana pentazkirah subuh semalam banyak mengingatkan saya tentang ayat tersebut dan agar kita sebagai hamba Allah ini, perbanyakan koreksi diri dan laksanakan apa yang kita ucapkan….


Akhir kalam,

Banyak lagi nak share tapi cukuplah sekadar ni sahaja dulu…
“ Jana ibadah, koreksi akademik, aplikasi dakwah”.

Ya Allah Engkaulah Pelindung kami,
Engkaulah sumber rezeki kami,
Semasa sakit Engkau sembuhkan kami,
Di waktu lapang Engkau beri makan.
Jangan biarkan kami tanpa pimpinanMu,
Pimpinlah kami ke jalan yang benar,
Kepada Engkaulah harapan kami,
Janganlah hampakan perasaan kami.


Moga kita semua diberkati Allah, sama2 perbanyakkan berdoa dan pergantungan pada Allah SWT dengan berusaha.salam ramadhan kareem….

Wallahua’lam…
Harapanku padaMu Subur Kembali

Wednesday, August 19, 2009

Kringgg!!!...“ salam Ali, kat mane ni? Ada mesyuarat skang ni, xdatang ke?xnampak pun…” w’slm abu, oo sy xdpt dtg la, ade keje byk ni x siap, esseimen da seminggu x siap2 lg, baju x basuh lg”…tut2…

Sudah terang lagi bersuluh rutin harian seorang pendakwah yang penuh dengan tugasan yang banyak untuk disiapkan. Jk kawan2 kita masih boleh menonton cerita korea sampai ke pagi, masih boleh bertepuk bertampar, masih boleh bershopping sakan, masih boleh bermain game hingga ke pagi sedarlah wahai kalian kamu tidak punyai masa untuk semua itu melainkan hanya sedikit masa kamu untuk itu.teringat pesanan ustazah saya semasa di MANAD dulu, “masa itu seperti pedang”, jk kamu tidak menggunakan masa semanfaat mungkin, masa itu jg tidak mungkin akan kembali setalah dicantas oleh mata pedang yang sgt tajam, mana mungkin kepala yang dipancung kembali tersambung tanpa izinNya.?(fikirkan). Justeru, mengapa kita selalu beralasan untuk menutupi kelemahan kita? kita selalu beralasan bahawa meeting yang terlalu banyak, program yang terlalu padat, tiada masa untuk buat assignment,terlebih mendukacitakan aku buat ni bukan dapat apa2 pun, penat je.NA’UZUBILLAH,.
wahai sahabat2, sesungguhnya tindakan terhadap orang lain yang tidak pernah bersedia menafkahkan harta untuk kepentingan dakwah selalu didasarkan pada firman Allah yang bermaksud
“Hai kaumku, Aku tiada meminta harta benda kepada kamu(sebagai upah) bagi seruanKu”, kalian boleh jg mrujuk surah (AtTaubah:110)…
kadangkala kita beralasan kerana kerja yang bertangguh semakin bertimbun2, tutor 5 soalan x siap, eseimen 2 soalan x siap,esok ade kuiz, presentation dan byk lg yang tiada berkesudahan, kadang2 kita beranggapan kawan laen bole la pergi program,attend meeting dorang xde keje, pointer dorg pun cukup makan je.itulah realitinya, tetapi hakikatnya itulah kelemahan diri kita, kikislah sikap suka bertangguh kerja kerana itu bukan sikap KITA, bahkan ia akan menambahkan bebanan kerja, apabila minda terbeban hati mulai gusar fikiran berkecamuk dan mudah dihasut syaitan sehingga terdetik perasaan ingin lari dari medan dakwah dsb.(na’uzubillah).



Yang kedua, sikap pentingkan diri sendiri, jk kita kata kita sibuk dgn assignment tanyalah pada kawan2 lain adakah mereka banyak masa untuk hadir ke mesyuarat?hadir ke program? Hadir ke diskusi?..mereka tiada assignmentkah?mereka bukan pelajarkah? Tidak terkekankah mereka? Hakikatnya, kawan2 kita sentiasa tertekan, bukankah kita perlu bersedia bekerja di bawah tekanan??? Serta bersedia untuk tidak bersedia???…bukan saya menafikan untuk buat assignment tetapi penuhkanlah ruang masa yang ada dengan persediaan akademik kerana akademik adalah salah satu elemen penting bagi kita serta carilah celahan2 masa untuk persediaan pentarbiyyahan diri..tepuk dada, fikirlah sendiri!

Astaghfirullahala’zhim(3x)…, subhanallah semoga Allah mengampuni dosa2ku serta sahabt2ku jua membuka pintu hati kita agar ikhlas dalam beribadah kepada Allah SWT. Ya Allah ampunilah kami wahai Pemilik hati2 yang lalai...

Friday, August 14, 2009

" kak sha, rindu la pd akak,dah lame rasenye saya x sembang dengan akak...", bebutir air jernih mengalir dipipinya hinggakan aku tidak tahu apa puncanya adik itu bersedih...
" dek, ok x ni?, cube cerita pd akak ape sebenarnye yang berlaku....", x elok menangis teresak2.." telah aku memujuknya sambil ku kesat air mata yang ligat mengalir dipipinya...
" kak sha, wani takut sangat2...bantulah wani, tolong wani kak, kat sini wani xde tempat nak mengadu, hanya akak sorang sahaja yang wani ade, tolong kak..." sambil teresak2. dengan tidak sengaja aku pulak yang merasakan ada satu tekanan kuat yang menusuk dalam esofagusku, subhanallah hanya padaMu aku berlindung dan pujian itu hanya untukMu ya Allah!!!...
" kak, wani malu dengan Allah yang teramat sangat, wani rasa nak tutup muka dan nak lari jauh2 tapi wani tak tahu nak ke mana kak, jiwa wani sengsara, hati wani tak tenang kak, bantulah wani..."esakkannya semakin drastik alirannya semakin deras..."wani, apa yang da berlaku?"nadaku agak keras...
sambil memelukku ..." kak, minggu lepas, hanya satu hari sahaja wani sempat Qiamullail,wani da tak mampu nak jadi seperti dulu bole bangun malam setiap hari, sujud pada Allah mohon keampunan, iman wani sangat teruk kak sekarang, wani xrasa ketenangan seperti dulu, bila wani sujud hati wani seperti ade satu getaran yang tidak tenteram, wani malu kak. kak, wani takut pada azab Allah atas kelalaian wani sendiri...."

Astaghfirullahala'zhim (11x) .... Begitulah serba sedikit luahan hati seorang adik kepadaku beberapa hari yang lalu di masjid, subhanallah jiwaku bagai direntap, akalku seakan terkedu, hatiku menjadi sayu,mataku tertumpu, lidahku kelu, peti suaraku seakan tidak membenarkan aku bersuara untuk membantu kerana aku BUKANlah orang yang layak untuk beri nasihat pada wanita solehah itu...setiap butir bicaranya aku pasti memang lahir dari hatinya yang benar2 ikhlas mendambakan tempat pengaduan....aku tidak pernah bertemu dengan orang seperti dia, aku sangat kagum melihat kehebatan dalaman kau, adekku.

...tidak semena aku sebak dan turut menangis, subhanallah,ya Allah! menggunung tinggi dosa2ku, aku xlayak berada di sini, aku kesal ya Allah dengan diriku yang tak berupaya melawan nafsu, aku tak layak merebut cintaMu, hadirkanlah kesedaran kedalam diriku jk aku menghitung maksiat yang pernah aku lakukan seumur hidupku nescaya tidak akan terhitung olehku, astaghfirullah... hinanya aku di sisiMu, terimalah taubatku sebelum kematianku, dan rahmatilah daku semasa kematianku serta ampunkanlah daku selepas kematianku , selamatkanlah aku dari sakaratulmaut Engkau...jika engkau mentaqdirkan mati keatas diriku maka matikanlah aku dalam syahadah serta tempatkan lah aku bersama roh orang2 yang beriman....

Wednesday, August 12, 2009

" ....Sodaqallahula'zhiiim..", milik siapakah suara itu?, sungguh merdu..seperti pernah kudengar alunan suara itu satu ketika dahulu...subhanallah, pasti orangnya hebat,mengingatkan ku kembali pada seseorang..aku mesti cari siapakah pemilik suara itu, seandainya aku menjumpai dia akan ku tatap dan ku renung wajahnya sehingga hilangnya rasa rinduku padanya.."aku bemonolog dengan diriku, ya aku mesti lakukan.

Ya ! aku masih merindui suara itu, walaupun kucari beribu batu namun tidak mungkin akan ku jumpai semula permata yang tersemadi di perut bumi itu..benar, aku amat merinduimu, aku punya kenangan besamamu yang tidak mungkin akan kulupakan, semasa aku jatuh tersungkur engkaulah yang memapahku, ketika aku tidak yakin engkaulah yang memberi semangat kepadaku, tika aku bersedih engkaulah yang memujukku, tika aku perlukan nasihatmu engkaulah yang banyak bercerita menenangkan keadaanku..bermula dari didikkan mu itu aku dapat rasakan kesannya hingga kini cuma aku merindui alunan kalam Allah darimu sebelum lenaku...walaupun aku tidak seakrab mungkin tetapi cukuplah teguranmu kepadaku amat ku hargai, tidak pernah ku membantah arahanmu kerana aku yakin dan percaya mana mungkin seorang ayah ingin melihat anaknya terjerumus ke lembah hina..engkaulah ayahku dunia dan akhirat...anak muridmu dahagakan suara yang pernah mengajar mereka mengaji, hilangnya engkau pada hari itu membuatkan kami kehilangan seorang guru yang cekal dalam perjuangannya, potret tilawahmu masih ku simpan buat tatapan anak cucumu , alunan suaramu tika bertadabbur masih terngiang di telingaku, kitab lama kau masih ku simpan ayahku, ku letak ia di satu sudut hatiku sebagai pengganti dirimu, biarlah ia menjadi kenangan sehingga ke akhir hayatku....Al fatihah buatmu juga ayahku yang turut disemadikan bersebelahan ibuku semoga rohmu ditempatkan bersama roh orang2 yang beriman ayahku.

Tuesday, August 11, 2009


"dek, nanti sampai sana jangan lupe makan tau, jangan simpan2 duet tu, nant mak tak bagi lagi duet belanje...", kalau tak cukup bagitahu mak, nant mak pegi hantar...


Begitulah frasa kerisauan yang pernah dilontarkan oleh seorang ibu pada kehidupanku suatu tempoh masa dulu...subhanallah, masih terngiang2 pesanan itu di cuping telingaku yang mencari2 suara itu....seandainya aku dapat kembalikan masa itu pasti akan ku rakam suara itu, begitulah hati seorang ibu yang sentiasa mahukan yang terbaek untuk anaknya, adakah kita juga begitu terhadap ibu kita? cube kite cek dalam seminggu berapa puluh kali kita dapat bercakap dengan ibu?, jk kita boleh ruangkan masa bersama sahabt2 dalam tempoh yang lama sebaliknya dengan orang yang melahirkan kita, berapa tahun lagi kita dapat bersama dengannya?ketahuilah disaat usiamu semakin remaja sebaliknya usia ibumu semakin ke penghujung...


Di saat kau lena dia berjaga

Kau bersenang dia bekerja

Untuk mu tiada terbatas

Memberi tidak minta dibalas

Ingin dibinanya untuk mu

Kehidupan yang sempurna

Punya kekuatan jiwa

Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur

Menegur sebelum terlanjur

Itulah yang diwarisi

Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan pesan

Untuk kebaikan

Marah bukan kebencian

Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa

Berjiwa merdeka

Sedang dia semakin tua

Membilang usia

Di saat kau berjaya

Dia tiada berdaya

Semoga kau tak lupa

Jasa bonda


pesananmu akan ku pahat diminda dan ku pateri dalam jiwa, terimakaseh atas segalanya buatmu insan yang melahir dan mendidikku, kaulah sumber inspirasiku wahai ibuku...Al Fatihah buatmu, semoga rohmu ditempatkan bersama orang2 yang beriman.