Wednesday, August 12, 2009

" ....Sodaqallahula'zhiiim..", milik siapakah suara itu?, sungguh merdu..seperti pernah kudengar alunan suara itu satu ketika dahulu...subhanallah, pasti orangnya hebat,mengingatkan ku kembali pada seseorang..aku mesti cari siapakah pemilik suara itu, seandainya aku menjumpai dia akan ku tatap dan ku renung wajahnya sehingga hilangnya rasa rinduku padanya.."aku bemonolog dengan diriku, ya aku mesti lakukan.

Ya ! aku masih merindui suara itu, walaupun kucari beribu batu namun tidak mungkin akan ku jumpai semula permata yang tersemadi di perut bumi itu..benar, aku amat merinduimu, aku punya kenangan besamamu yang tidak mungkin akan kulupakan, semasa aku jatuh tersungkur engkaulah yang memapahku, ketika aku tidak yakin engkaulah yang memberi semangat kepadaku, tika aku bersedih engkaulah yang memujukku, tika aku perlukan nasihatmu engkaulah yang banyak bercerita menenangkan keadaanku..bermula dari didikkan mu itu aku dapat rasakan kesannya hingga kini cuma aku merindui alunan kalam Allah darimu sebelum lenaku...walaupun aku tidak seakrab mungkin tetapi cukuplah teguranmu kepadaku amat ku hargai, tidak pernah ku membantah arahanmu kerana aku yakin dan percaya mana mungkin seorang ayah ingin melihat anaknya terjerumus ke lembah hina..engkaulah ayahku dunia dan akhirat...anak muridmu dahagakan suara yang pernah mengajar mereka mengaji, hilangnya engkau pada hari itu membuatkan kami kehilangan seorang guru yang cekal dalam perjuangannya, potret tilawahmu masih ku simpan buat tatapan anak cucumu , alunan suaramu tika bertadabbur masih terngiang di telingaku, kitab lama kau masih ku simpan ayahku, ku letak ia di satu sudut hatiku sebagai pengganti dirimu, biarlah ia menjadi kenangan sehingga ke akhir hayatku....Al fatihah buatmu juga ayahku yang turut disemadikan bersebelahan ibuku semoga rohmu ditempatkan bersama roh orang2 yang beriman ayahku.

1 comment:

  1. Sesungguhnya manusia yang meninggal dunia meninggalkan 3 perkara yang tidak memutuskan amalan solehnya secara berterusan:
    1.Sedekah jariah..
    2.Ilmu yang bermanfaat dan
    3.Doa dari anak yang soleh & solehah
    Mudah-mudahan Allahyarham dan Allahyarhamah mendapat pahala dari doa anaknya yang solehah insyaAllah..ameen

    ReplyDelete