Friday, August 14, 2009

" kak sha, rindu la pd akak,dah lame rasenye saya x sembang dengan akak...", bebutir air jernih mengalir dipipinya hinggakan aku tidak tahu apa puncanya adik itu bersedih...
" dek, ok x ni?, cube cerita pd akak ape sebenarnye yang berlaku....", x elok menangis teresak2.." telah aku memujuknya sambil ku kesat air mata yang ligat mengalir dipipinya...
" kak sha, wani takut sangat2...bantulah wani, tolong wani kak, kat sini wani xde tempat nak mengadu, hanya akak sorang sahaja yang wani ade, tolong kak..." sambil teresak2. dengan tidak sengaja aku pulak yang merasakan ada satu tekanan kuat yang menusuk dalam esofagusku, subhanallah hanya padaMu aku berlindung dan pujian itu hanya untukMu ya Allah!!!...
" kak, wani malu dengan Allah yang teramat sangat, wani rasa nak tutup muka dan nak lari jauh2 tapi wani tak tahu nak ke mana kak, jiwa wani sengsara, hati wani tak tenang kak, bantulah wani..."esakkannya semakin drastik alirannya semakin deras..."wani, apa yang da berlaku?"nadaku agak keras...
sambil memelukku ..." kak, minggu lepas, hanya satu hari sahaja wani sempat Qiamullail,wani da tak mampu nak jadi seperti dulu bole bangun malam setiap hari, sujud pada Allah mohon keampunan, iman wani sangat teruk kak sekarang, wani xrasa ketenangan seperti dulu, bila wani sujud hati wani seperti ade satu getaran yang tidak tenteram, wani malu kak. kak, wani takut pada azab Allah atas kelalaian wani sendiri...."

Astaghfirullahala'zhim (11x) .... Begitulah serba sedikit luahan hati seorang adik kepadaku beberapa hari yang lalu di masjid, subhanallah jiwaku bagai direntap, akalku seakan terkedu, hatiku menjadi sayu,mataku tertumpu, lidahku kelu, peti suaraku seakan tidak membenarkan aku bersuara untuk membantu kerana aku BUKANlah orang yang layak untuk beri nasihat pada wanita solehah itu...setiap butir bicaranya aku pasti memang lahir dari hatinya yang benar2 ikhlas mendambakan tempat pengaduan....aku tidak pernah bertemu dengan orang seperti dia, aku sangat kagum melihat kehebatan dalaman kau, adekku.

...tidak semena aku sebak dan turut menangis, subhanallah,ya Allah! menggunung tinggi dosa2ku, aku xlayak berada di sini, aku kesal ya Allah dengan diriku yang tak berupaya melawan nafsu, aku tak layak merebut cintaMu, hadirkanlah kesedaran kedalam diriku jk aku menghitung maksiat yang pernah aku lakukan seumur hidupku nescaya tidak akan terhitung olehku, astaghfirullah... hinanya aku di sisiMu, terimalah taubatku sebelum kematianku, dan rahmatilah daku semasa kematianku serta ampunkanlah daku selepas kematianku , selamatkanlah aku dari sakaratulmaut Engkau...jika engkau mentaqdirkan mati keatas diriku maka matikanlah aku dalam syahadah serta tempatkan lah aku bersama roh orang2 yang beriman....

1 comment:

  1. Salam...
    terima kasih wat anti...sbb dpt mmberi kan sebuah kisah yg menarik. Ana x tau sama ade kisah nie benar atau tidak, tp ape yg ingin ana smpaikan ialah kisah ini secara tidak langsung dpt mentarbiah diri sndiri dan org yg mmbace nye secara jujur ana katakan...

    Sbb ape???
    sbb ana meletakkan diri ana yg lemah dari segi kerohanian tuu...Mmg kita x t'lepas dari kelekaan dan kelalaian sbgai seorg manusia yg lemah, oleh sbb itu lah sbgai seorg sahabat perlulah sntiase saling menasihati dan tegur menegur antara satu sama lain...(^_^)

    Setiap org akan diuji oleh Allah dlm pelbagai bentuk dan cara yg b'beza b'gantung kepada tahap keimanan seseorg tu. Oleh itu, kite wajib b'sabar dan yakin bhawa setiap ketentuan yg Allah tetapkan adalah yg TERBAIK bgi kite.

    Dan ape yg paling penting ialah...istiqamah dalam ibadat supaya diri ini dpt merasakan keIKHLASan dan keMANISan ibadat dan diredhai oleh Allah...insyaAllah

    ~YB Aman~

    ReplyDelete