Thursday, March 18, 2010

dari sudut hati...

Kadang kala kepenatan berlegar di kepala ciptaanNya,
Kerna kepenatan di pertengahan jalan,
Kadang kala diri ini rasa kebebanan,
Kerna penat dengan ujian yang melempar,
Pada siapa ingin aku mengadu!
Perasaan yang letih bertamu di hati,
Membuatkan aku lemah dan kadang kala tidak tentu arah,
Banyak perkara inginku fikirkan untuk membantu gerak kerja Islam,
Kadang kala aku berada di kampus,
memikirkan apa yang boleh AKU SUMBANGKAN untuk ISLAM di sana,
kadang kala aku di hantar berhijrah ke tempat lain,
Untuk meneruskan agenda tersirat da'wah walaupun hakikatnya aku perlu melaksanakan syiar lain,
Aku tetap akan berusaha bawa sayap da'wah walau di mana pun aku berada,
Kerana aku adalah diri aku yang lemah,
Tidak punya apa dalam hati ini melainkan cinta yang berahi,
Cinta yang tidak disaluti dengan apa-apa kemewahan dunia,
Cinta yang tidak mungkin dapat dilihat oleh manusia meskipun jin dan syaitan,
Cinta yang tidak mampu diukur dengan apa-apa di dunia ini,
Cinta yang terlalu panas di siang hari ketika berda'wah,
Namun melempiaskan kesejukan di malam hari,
Sepertiga malam yang aku sentiasa nanti-nantikan membuatkan jiwaku aman,
Tanpa usikan si Adam yang kerap menganggu berhari-hari,
Tanpa usikan si sahabat yang meminta pertolongan,
Tanpa usikan si adik-adik usrah yang menyatakan ingin sentiasa dinasihati,
Tika diri ini bersujud taubat kepadaMu,
Aku terasa kerdil,
kerna aku hanyalah hambaMu yang amat biasa,
HINA!HINA!HINA!
dengan kelalaian aku sendiri,
Aku bukanlah tempat untuk meminta nasihat,
Untuk menjadi rujukan manusia,
AKU HAMBA HINA!
Yang seringkali menangis!menangis!menangis!
Setiap kali aku sujud malam kepadaNya!
Atas kerana apa aku menangis?
Melainkan kerana dosa yang banyak,
Dosa kepada pancainderaku,
Yang diberikan Tuhan,
Dosa hati yang kadang kala ingin melawan perintah Ilahi,
Untuk bersenang lenang dengan kawan-kawan di dunia ini,
Untuk lari daripada da'wah kepada ummah,
Maafkan Aku Allah,
Aku minta maaf kerna terlalu banyak air mataku yang mengambil tika malam hari,
Aku bermohon taubat kepadaMu,
Ini kerna aku hanyalah hambaMu,
Yang sememangnya terlalu dhaif dan hina,
Untuk bawa panji Islam,
Namun,
aku kan berusaha untuk memegang bebanan ini kerna aku hanyalah hamba dhaif.
Ya, Allah, tika aku sedang keletihan ini, aku bermohon kepadaMu sihatkanlah tubuh badan ku untuk melawan nafsu agar aku mampu berjihad dalam perjuangan agamaMu. Izinkan aku untuk berhijrah keluar berda'wah, meskipun tidak sehebat Rasulullah. namun, aku akui bahawa aku umatnya dan akulah pewaris misi da'wahnya. Maka Ya Allah!aku serahkan segala kekuatanku untuk agamaMu dan aku serahkan segala kelemahanku untuk dibantu oleh para malaikatMu tika aku kepenatan berda'wah dengan izinMu. Ya Allah, meskipun aku tidak mempunyai harta yang banyak untuk berjuang pada jalan agamaMu, aku bermohon agar Engkau serahkan aku pada jalan yang mampu untuk aku sumbangkan pada jalan yang Engkau izinkan. Engkaulah satu-satunya tempat pengharapan dan pergantungan dan Engkaulah pelindung orang-orang yang beriman. Kurniakanlah aku zuriat keturunan yang soleh dan solehah sehingga kami ke syurgaMu.
Amin

Wednesday, January 20, 2010

masih ada ruang...

Dengan Kasih dan sayang Mu, akhirnya Kau beri kudrat kepadaku untuk terus melakar liku liku kehidupanku, benarlah Engkau Ya A'zhim...
Syaikh Ibnu Atha'illah mengatakan
"tiap-tiap kalimat yang keluar dari lisan, pastilah membawa corak bentuk hati yang mengeluarkannya.hati bagaikan teko.teko hanya mengeluarkan isinya , bila ia berisi air kopi maka yang keluar juga adalah kopi,demikian pula, jika isinya air bening, maka yang keluar pun pastinya air yang bening"...begitu juga peribadi diri kita...
bila kita kembali melihat tradisi salafus solih, kita dapati bahawa salah satu cara mereka cemerlang dalam kehidupan kerana mereka aktif memprogramkan diri untuk mengembara, berinteraksi dan bersilaturrahim dengan golongan manusia. begitu juga cara mereka belajar membina kekuatan diri.Antara salah satu caranya ialah menambah ilmu dari para ulama seperti mana yang dilakukan Ibnu Qayyim Al Jauziyah.siapakah beliau?...ha dialah anak murid kepada Ibnu Taimiyyah.beliau selalu berbincang dengan gurunya,Ibnu Taimiyah sehinggakan pada suatu hari beliau berkata "Demi Allah, tidak pernah aku melihat orang yang sebegitu damai melebihi Ibnu Taimiyah,dia tergolong dalam golongan orang yang suka pada persoalan2 hidup sederhana, qana'ah terhadap pemberian Allah,tawadhu', aktivitinya selalu dihalang bahkan selalu keluar masuk penjara", namun begitu kehidupanya tetap tenang dan kesabaran jelas terpancar di wajahnya...Bila hatiku tidak tenang,aku akan segera menemuinya dan mendengar perkongsian yang beliau sampaikan dan menjadikan hati ku tenteram dan tumbuh kembali rasa percayadiri dalam menghadapi kehidupan di dunia.Maha suci Allah atas segala sesuatu (Abdul Maqshud, merajut hati,1994: 43)...
"Hati yang bersih laksana cermin yang bening, boleh memantulkan sinar dengan begitu cerahnya" (Imam Al Ghazali)...
hati...bersambung

Tuesday, December 8, 2009

kesilapan itu membuatkan diriku berfikir...

FUTUR & DOSA......
Kenapa payah sangat nak tinggalkan dosa..??Perkara yang saya selalu sangat fikir dari dulu lagi... setiap kali nak tinggalkan dosa ada sahaja yang menghalang.. .Bila diberi semangat untuk berubah, tapi semangat tu ada sekejap je.. lepas tu hilang... saya teringat lagi kata-kata seorang senior sewaktu dalam usrah... semangat yang kita ada cuma bertahan paling kuat pun seminggu untuk orang yang kuat...apa lagi golongan yang lemah pula... jadi kite sentiasa cari semangat tu...Teringat pula saya pada pesanan ustaz saya waktu di Darul Quran dahulu... "Kamu kene bersedia untuk menghadapi waktu yang yang mana kamu futur.." saya pun tertanya2 dalam diri apa itu futur..?? ustaz sambung lagi, futur adalah salah satu penyakit yang dihadapi oleh umat akhir zaman iaitu lemah semangat...Maksud ustaz saya tu, setiap orang akan futur.. tidak kira betapa hebat mana sekali pun tetap akan jatuh juga.. tapi bagaimana seseorang itu menghadapi saat mereka futur??Salah satu fungsi al-Quran di turunkan adalah untuk menjadi motivasi kepada umat manusia... bagaimana dalam al-quran menceritakan ganjaran bagi mereka yang bersabar, ikhlas, berjuang di jalan Allah dan sebagainya.. . Al-Quran juga mencerikan kisah para nabi yang terdahulu untuk kita teladani dan inilah menjadi penaik semangat kita...Dalam surah az-zariat Allah berfirman, " Berikanlah peringatan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang yang beriman"Oleh itu mendengar peringatan sebenarnya ubat kepada penyakit ini...Futur termasuk dalam senarai penyakit hati yang hanya boleh
diubati dengan panduan daripada Al-Quran...Antara faktor terjadinya masalah ini pula ialah:

1. Cintakan dunia.
Seseorang yang cintakan harta, pangkat, dan kenamaan biasanya akan menjadi lemah semangat setelah apa yang diinginkan itu tidak dapat dikecapi. Akhirnya mereka menyendiri dan membuat perkerjaan dengan ala kadar sahaja. Mujahadah dan iltizam mereka hilang kerana apa yang mereka impikan tidak berjaya...

2. Sindiran yang melemahkan.
Saya teringat ketika mana saya berjumpa dengan counselor. Beliau menceritkan bahawa budaya yang ada dalam masyarakat kita pada hari ini ialah budaya saling menjatuhkan. Berbeza dengan barat. Di sana mereka sering memberi kata-kata perangsang terutamanya dalam keluarga. Seawal pagi mereka berkata, " hai mum, you look nice today" tapi dalam masyarakat kita bukan puji malah mengkeji... soal perli juga ada ditegah dalam Islam. Dalam satu hadis yang saya tak berapa ingat maksudnya... . Rasulullah melarang untuk perli kepada seseorang yang ingin berubah..

3. Jauh dengan hidayah Allah (al-Quran).
Ramai orang meninggalkan bacaan al-Quran pada hari ini.. sudah lah tidak mahu di baca quran itu... 'di pijak' lagi quran itu.. kita sibuk memarahi kumpulan yang pijak al-Quran. Tetapi perbuatan kita yang memerangi orang yang ingin menegakkan hukum dalam al-quran sama sahaja dengan memijak al-Quran... (khas untuk mereka)Bagi pembaca sekalian... hari ini mungkin kita tenang, tapi suatu hari nanti mungkin Allah tarik keseronokkan beribadah menjadi keseronokan berhibur pula.. oleh itu persiapkan diri menghadapi saat futur..-ulasan sahabat saya-


wahai sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian, ingatlah kita manusia yang mudah alpa, kt sntiasa melakukan kesilapan yang mana kesilapan itu Allah zahirkan kpd kt, meransang akal untuk berfikir menggerakkan anggota untuk bertindak,mana mungkin manusia yang mudah alpa itu tidak melakukan kesilapan cuma manusia yang rugi sahaja mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. Justeru, jangan kalian banyak beralasan menolak tanggungjawab krn benar jawatan itu suatu penyesalan kelak, akan melakukan banyak kesilapan, tetapi pernahkah kalian berfikir "jika bukan Aku siapa lagi yang nak pikul tanggungjawab ini?" krn aku mampu memikulnya,sahabat kalian memilih kalian kerana mrk tahu tahap kemampuan kalian...rasa lemah,kene marah dgn pensyarah itu kembalikan ke dalam diri kita, mungkin bila kt lemah kt perlukan pengisian, cari pengisian, bl kene mara dgn pensyarah cari ape kesilapan kt yg membuatkan dmarahi, da jumpe punce, jumpe pensyarah, mhn kemaafan, berazam tdk mengulangi prkre yg sma.situasi ini saya kembalikan pada diri penulis yang serba dhaif ini

kesimpulannya ia suatu proses ke arah pembentukkan diri yang baek, InsyaAllah, semuanya dari ALLAH SWT, mohonlah kpd Allah moga2 dipermudahkan urusan.

Salam kasih sayang dari seorang sahabat kepada seluruh sahabat2 yang membaca,
maafkanku sekiranya terdapat kelemahanku dalam bicara ini,yang baek itu adalah dari Ya Alim dan yang salah itu dari diriku yang masih sedang belajar dari Ya Alim..jumpa lagi, InsyaAllah..
.


- Sebuah perjalanan mencari diri dan Pencipta-

Tuesday, November 17, 2009

coretan buat diriku yang masih DIPANDU

..."Wahai anak-anakku , hari ini ibu ingin menasihati kalian...",ibu ikan memulakan bicara, manakala anak-anak ikan setia mendengar.
"nanti bila kamu bersiar-siar atau mencari rezeki di sekitar sungai ini,kamu bakal menemui cacing yang yang enak utk dimakan.ia sungguh mengujakan, tapi ingat wahai anak2ku itu adalah UMPAN...disebalik cacing itu ada mata keluli yg sgt tajam," ujar si ibu ikan bersungguh2.."sekali kamu menggigitnya, kt tdk mampu melepaskan diri ,kesakitan tu baru permulaan je sbb kt akan disentap keluar dari sungai ini, di luar sana segala2nya berbeza dr kehidupan kt di sini dan kita juga akan terpisah buat selama-lamanya...."

anak ikan mengangguk-angguk mendengar dgn teliti...
" mereka tdk akan kembalikan kt ke sini, mereka akan mencekik insang dan membelah perut kt menggunakan pisau yang tajam.kemudian sisik kt akan dikupas dan kulit akan dilapah,rasa sakit tidak terperi bila tubuh dikelar2 dan diatas luka dilumurkan dengan garam.SUBHANALLAH..."

"kesakitan bukan setakat tu je, selapas tu tubuh kalian akan dihumban ke dlm kuali dan kalian akan berenang2 dalam minyak yg panas menggelegak sehingga tubuh kalian rentung dan x ble bergerak. bila dikeluarkan dr kuali tubuh kalian akan diratah,isi2 disiat2 dr tulang belulang, alangkah sakitnya semua itu...subhanallah..."

tinggi alunan suara ibu ikan utk mengingatkan sehingga anak ikan yg plg kecil menekuo muka krn membayangkan kengerian keadaan tersebut...

"wahai anak2ku beringatlah srta berfikirlah setiap kali berjumpa dengan umpan tersebut..."semua anak2 ikan bertekad utk berhati2 serta berasa takut...

keesokannya, spt biasa anak2 ikan keluar mencari makanan.perut berkeroncong kuat, tiba2 mrk trnmpak seekor cacing segar yg sgt menyelerakan.liuk lentuk cacing menggugat hati dan perasaan.seekor anak ikan x mampu bertahan lg...tanpa berlengah dia terus meluru ke arah cacing sambil berkata apa yg dceritakan ibu smlm hanyalah utk menakut nakutkan shj, dan si anak ikan terus membaham cacing. agak2 apa yg anak ikan tu rasa??

hmm...si anak ikan x berasa kelazatan pun sebaliknya kesakitan yg teramat sgt ,lelangitnya tertusuk keluli tajam dan tembus..dia disntap keluar dr sungai, tubuhnya menggelupur kuat cuba melepaskan diri namun usahanya gagal..pandangannya kabur dan terus gelap.apa yg diceritakan ibunya smlm akan dilaluinya satu persatu...Ya Allah...

begitulah pementasan dunia kita, berbeza dgn pementasan seterusnya, satu persatu babak akan kita lalui, jk hari ini insaf berbuat dosa, tekad dihati xnak buat lagi, liahtlah pd hari seterusnya kt mudah dianiyai dgn gelora hawa nafsu dan ia sering menewaskan kita,membawa ke kancah dosa, kesimpulannya, manusia itu sentiasa memerlukan peringatan, pengisian, teguran, koreksi diri...segala yg bakal berlaku bukankah telah di khabarkan dlm AlQuran dn sunnah.Namun, kesedapan hidup dan kesenangan duniawai menyebakan kt alpa akan nasib yg bakal dilalui..sedangkan penderitaan yg tidak terperi sakitnya..ASTAGHFIRULLAH...justeru, jangan jd DUNGU, tersedar bila terkena, sebaliknya jd lah org yg bijak yg senantiasa berfikir ttg kesediaan kematian...Wallahua'lam..


-aku memburu hanya redhaMu-

Sunday, November 15, 2009

ONLY HOPE TO ALLAH

INSYAALLAH - MAHER ZAIN

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lostThat your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah
you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah
you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah
we`ll find the way

Thursday, August 27, 2009

Segala puji bagi Allah, yang banyak membantu dalam segala urusan seharian kita. Ada masa kita rase bersemangat untuk beribadah, puasa, bace Quran dan adakalanya jg tugas seharian membuatkan kita rasa penat, letih, serta beralasan untuk baca Quran dsb. Apa apa pun semuanya bergantung pd hati kita. Kerana sesungguhnya ruh kita ni boleh berupa dengan bermacam2 wajah. Kadang kala mutmainnah (jiwa yg tenang dan soleh dan terarah utk buat baik), kadang kala lawwamah (mencela dan tercela), atau kadang kala berbentuk ammarah (mendorong kearah kejahatan kecuali diberi rahmat). Maka, elakkanlah dari berbincang perkara perkara yang kurang kepentingannya sehingga yang boleh menjatuhkan maruah kita sebagai pembawa Islam itu sendiri. Apapun semuanya bergantung kpd diri kita sendiri. Sesungguhnya manusia yg kental imannya tidak akan sedikit pun terjejas dgn cbrn di sekeliling mereka. saya yakin dan percaya, sahabat2 juga mahu menjadi seperti mereka yang kental serta tegar imannya.


“…..wahai sahabat2, serulah mereka berbuat kebaikan dan cegah lah dari membuat kemungkaran…kata seorang sahabat mengingatkan yang lain”.......

Adakalanya Kita perlu memberi peringatan pada orang sebagaimana seruan Khaliq dalam surah AlA’la(ayat 9) dimana dalam peringatan itu banyak manfaatnya… , kita pinta orang buat itu dan ini, tetapi pernahkah kita terfikir dimanakah kita meletakkan diri kita sewaktu bercakap, adakah kita hanya sekadar memberi peringatan/memberi arahan @ menuding jari kea rah orang lain apabila tersilap. Saya teringat kisah seorang sahabiah pada zaman Rasulullah Saw, iaitu hindun binti abu umaiyah, dimana dia ni merupakan isteri kepada rasulullah dan jg ibu kepada salamah ( ummu salamah ). Nak dikisahkannya, suami ummu salamah ni sangat aktif di medan perang sehinggakan syahid di pangkuan Rasulullah semasa perang Uhud. Agak lama beliau menjadi ibu tunggal. Ramai sahabat yg dtg utk melamarnya termasuk Rasulullah sendiri tetapi beliau menolaknya dgn cara yg baek, sehinggakan ape kate ummu salamah semasa dipinang rasulullah, “ aku menolak lamaran Rasulullah krn aku sudah tua, bersifat cemburu, dan byk tanggungan keluarga,”.
Maka jawab Rasulullah, “Ya Ummu salamah, jika kamu sudah tua, maka aku lebih tua darimu, jk kamu bersifat cemburu, maka Allah akn hilangkan sifat cemburu dlm diri kamu, jk kamu byk tanggungan keluarga, maka Allah dan Rasulnya akan menanggungnya,’. Terpegun Ummu salamah mendengar jawapan nabi dan beliau bersetuju berkahwin dengan Rasulullah. Sewaktu beliau mengikuti rombongan utk menunaikan haji di Makkah, rombongan Rasulullah telah dihalang pasukan tentera quraisy Makkah daripada memasuki kota Makkah sehinggalah termeterai perjanjian hudaibiyah, selepas perjanjian tu Rasulullah mengarahkan pengikut rombongannya sembelih unta, cukur rambut dan kemudian akan pulang semula ke Madinah semula. Alangkah terkejutnya Rasulullah melihat tiada seorang pun dikalangan mereka menyahut arahan Nabi dan Rasulullah tidak ulang arahan tersebut kerana salah satu sebab nabi takut turun kemurkaan Allah pd mereka yang enggan mengikuti arahan baginda, SUBHANALLAH. Baginda berasa sangat sedih dan masuk ke dalam khemah. Maka ummu salamah pun bertanya, ya Rasulullah mengapa kamu bersedih wahai kekasih Allah? Maka rasulullah pun menceritakan kpd isterinya, maka apa kata ummu salamah, “keluar sekarang dan jangan kata apa- apa pada mereka, sembelih unta sebagai korban dan panggil tukang gunting untuk cukur rambut”. Baginda menuruti cadangan ummu salamah dan terbukti apabila Rasulullah melakukan semua perkara itu, semua ahli rombongan bangkit dari tempat duduk lalu menyembelih korban masing-masing serta cukur rambut. Ini terbukti, bahawa praktikal dalam sesuatu perkara lebih efektif berbanding dengan berkata kata sahaja..Justeru, saya menyeru diri yang dhaif ini dan sahabat2 agar kita renung kembali, koreksi diri seterusnya laksanakan apa yang kita iqrarkan, ble rujuk surah Assaf ayat 2-3. sebagaimana pentazkirah subuh semalam banyak mengingatkan saya tentang ayat tersebut dan agar kita sebagai hamba Allah ini, perbanyakan koreksi diri dan laksanakan apa yang kita ucapkan….


Akhir kalam,

Banyak lagi nak share tapi cukuplah sekadar ni sahaja dulu…
“ Jana ibadah, koreksi akademik, aplikasi dakwah”.

Ya Allah Engkaulah Pelindung kami,
Engkaulah sumber rezeki kami,
Semasa sakit Engkau sembuhkan kami,
Di waktu lapang Engkau beri makan.
Jangan biarkan kami tanpa pimpinanMu,
Pimpinlah kami ke jalan yang benar,
Kepada Engkaulah harapan kami,
Janganlah hampakan perasaan kami.


Moga kita semua diberkati Allah, sama2 perbanyakkan berdoa dan pergantungan pada Allah SWT dengan berusaha.salam ramadhan kareem….

Wallahua’lam…
Harapanku padaMu Subur Kembali