Friday, January 7, 2011

mencari hikmah di bumi Tuhan...




























…kesinambungan memori di kemboja masih segar di pita minda yang seakan merindui pengalaman lepas, namun kutahu ia hanya emosi yang memungkinkan aku bermonolog sendiri di setiap sepiku. Sambil mendengar alunan “ demi matahari” dari kumpulan Snada membuatkan hatiku sedikit terjentik akan bait2nya yg menyentuh bukti kebesaran Allah SWT, fikiran kembali menerawang perkampungan Stengmai, Siem Reap yang menyajikan makanan yang lazat2. Setiap dari kami tak melepaskan peluang mencuba lauk pauk, mane taknye sekali makan USD 4, kalau ditukarkan dalam duet Malaysia dlm RM13..waahh, expensive tuu. Makanan yg paling kugemari tika itu ialah sup tomyamnye, seedaapp…tapi lepas setengah jam, mulalah kepala buat hal, kepeningan, kesakitan, kemengantukkan semuanya ade. Kemungkinan kesan MSG yg byk dlm makanan tadi. Almaklumla, tak terbiasa menggunakan MSG lg dirumah.. melihat semangat serta riak wajah rakan2 lain utk meneruskan aktiviti seterusnya, kugagahi juga turut bersama mereka. Sempat kami mengunjungi Silk Farm yg memahatkan memori penghasilan kain sutera dari ulat sutera, disinilah tempat mereka menanam serta memproses ulat sutera sehingga menjadi benang dan kain2 sutera. Tak lengkap rasanya trip kami sekiranya tanpa bergambar kenangan terlebih dahulu…sepanjang perjalanan balik ke hotel, melalui perkampungan2 yg indah tampak dari zahirnya namun dari ruhaniahnya mungkin hanya mereka sahaja yg memahaminya, kesempitan hidup mencari rezeki merelakan mereka berbuat apa sahaja demi mencari sesuap nasi..itu pun, bergantung kepada nasib jika ada, ada..begitulah sebaliknya. Saat itu, minda mengajakku berdiskusi ringkas, betapa untungnya anak2 saudaraku tidak mengalami kondisi yang sebegitu rupa, bayangkan anak kecil berusia 5 tahun sudah melalui erti membahu kayu kayan dr hutan. Jauh di satu sudut hatiku menangis kehibaan lantas membenarkan pepatah “ berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya”… ya, mungkin itu yang tersurat utk mereka, mana mungkin kita boleh merubahnya dlm sekelip mata. Kita bukanlah seperti didalam kerajaan Nabi Sulaiman, kelip mata boleh merubah tempat yang hendak dituju…Natijahnya, semua itu perlukan masa untuk melakukan perubahan.. pada malam hari yang sama, kami tak melepaskan peluang bersiar di sekitar Bandar Siem Reap, Old Market, Night Market, Centre Market semua kami redah dgn hanya berjalan kaki…tidak banyak bezanya antara Siem Reap dan Phnom Penh cumanya mungkin di Siem Reap udaranya lebih nyaman jika nak dibandingkan Phnom Penh..dan satu lagi barang yang tak kujumpai di phnom penh tapi telah dijumpai di Siem Reap, niat di hati memang nak beli sbb rasenye x pena jumpe lg di mlaysia, nightdress suit yg comey dibuat dr silk fabric tapi bile fikirkan kembali adek2 guys ni ade x jadi pulak nak beli..bak kate seorang sahabatku, “ kamu segan ye”…senyuman melebar je mampu ku ukirkan…terus melangkah dengan runtunan dilemma. Mungkin hobi pelikku memg dr kecil suke kumpul pajamas…hanya nak tambah koleksi jer..hee…kira2 jam 8 lebih mlm (10 lbih waktu Malaysia) kami terus melangkah mencari makanan, hanya restoran KFC yg dijumpai. Perjalanan balik kami bukan setakat tu saja sebaliknya kami tak lepaskan peluang singgah sebentar di centre market…kat sini pun da banyak bende yg kubeli, itulah perempuan kata slh seorang antara kami lantas disambut dengan gelak tawa yg sederhana. Aku hanya membiarkan saja sambil terus memilih yg berkenan di hati…setelah selesai hajat di hati, kami kembali semula ke tempat adek2 ni duk memilih jam tangan…hampir setengah jam jugak la kami duk menunggu mrk memilih, mencuba, mengejas dn byk lg la prosedur2 sebelum dorg nak beli tu..akhirnya dlm jam 10 mlm kami selamat tiba di bilik masing2…seusai solat isyak, satu mesej masuk, rupanya dari adek2 yg buat kajian di siem reap nak dtg jumpa kami di hotel…walaupun agak kepenatan, kami gagahi juge meraikan tetamu…dlm 10 minit kemudian kami dikunjungi jannah, dayang dan intan. Hati berbunga2 saat melihat mereka gembira berjumpa kami…sungguh!, adek2 itu membuatkan hatiku sedikit tersentuh sanggup mereka datang jumpa kami pd malam hari dgn menaiki tuk2 semata2 nak jumpa sekejap…inilah impak dr usrah yang bertahun2 kami lakukan bersama, ukhuwwah yg ditautkan dgn ikatan aqidah ini mampu melahirkan perasaan kepinginan terhadap mereka walau seketika berjauhan. tika melepaskan mereka di pintu lobi hotel mula terasa kesayuan, tinggallah kami bertiga, k.nad n shu..team kami pd masa tu kami bertiga siswi dn yg selebihnya adek2 siswa yang ku anggap seperti adek2 sndiri…namun keterbatasan masih mampu dijaga setiap dari kami. Bukankah keberkatan itu yg paling penting!... sepanjang berada di siem reap mahupun phnom penh terlalu banyak suka dan duka , bak kata org jauh perjalanan, byk pengalaman, luas pengetahuan…seharusnya perlu merasai, menghayati, memahami, menginterpretasi serta mengkoreksi diri kesan dari musafir di Bumi Ya Waasii’. =))

1 comment: