...Benarlah penerangan Allah SWT sepertimana dalam surah Al-Ghasyiyah maka apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana unta diciptakan?, dan langit bagaimana ia ditinggikan, dan gunung ganang bagaimana ia ditegakkan, dan bumi bagaimana dihamparkan, Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan..
seindah bumi Tuhan yang menciptakan, akhirnya sampai juga di bumi kemboja yang dulunya aku mengenali hanya dalam kamus sejarah geografi yang memetakan aktiviti ekonomi dan pelancongannya seperti tonle sap, sungai mekong dsb. cuma saat ini,aku sendiri melihat dan menghayati aturan Tuhan...jika dibandingkan antara tanah airku dan bumi kemboja, pastinya disudut hatiku memilih tanah airku sendiri, benarlah kata pepatah, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"...justeru aku merafa'kan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi masih memilih jiwaku berada di Bumi Allah kerana padaku bila2 masa saja Allah mampu menjadikan bumi malaysia senasib seperti negeri champa.
lawatan ke perkampungan champ yang mengambil masa 3 jam lebih perjalanan akhirnya kami sampai di madrasah yang dikelolakan oleh ustaz salleh. di sambut dengan tepukan gemuruh anak anak kecil orang champ sambil berbaris menyambut kehadiran kami. Subhanallah, hanya Allah SWT saja yang memahami perasaan ku ketika itu, hiba bercampur terharu dengan keadaan mereka. melihat wajah makcik2 yang memancarkan senyuman membuat hatiku sedikit senang sekurang2nya kehadiran kami disitu memberi sedikit ketenangan buat mereka..kami dihidangkan dengan makanan ala kampung orang islam champ yang sungguh lazat, sup lembu, kari lembu, ikan bakar, buah susu ( x pernah jumpa kat malaysia)...subhanallah...dalam 3 jam lbih kami berada sekitar kampung. sebelum balik, kami bersalaman dengan makcik2 dan anak2 kecil, walaupun seketika bersama namun perpisahan ini amat menyebakkan sanubariku, kutahan air jernih dari tumpah ke bumi namun apakan daya qalbu seorang wanita, ia tetap mempengaruhi emosiku...ku peluk makcik itu pnuh erat, ku bingkis secangkir senyuman buat mereka yang masih terus melambai, lambaian hilang dalam keserabutan semak yang banyak, van terus meneruskan perjalanan pulang ke Phnom Penh.....melihat, menghayati, serta mengadaptasi bumi ciptaan Allah Ya Waasii' ....
No comments:
Post a Comment