Thursday, August 27, 2009

Segala puji bagi Allah, yang banyak membantu dalam segala urusan seharian kita. Ada masa kita rase bersemangat untuk beribadah, puasa, bace Quran dan adakalanya jg tugas seharian membuatkan kita rasa penat, letih, serta beralasan untuk baca Quran dsb. Apa apa pun semuanya bergantung pd hati kita. Kerana sesungguhnya ruh kita ni boleh berupa dengan bermacam2 wajah. Kadang kala mutmainnah (jiwa yg tenang dan soleh dan terarah utk buat baik), kadang kala lawwamah (mencela dan tercela), atau kadang kala berbentuk ammarah (mendorong kearah kejahatan kecuali diberi rahmat). Maka, elakkanlah dari berbincang perkara perkara yang kurang kepentingannya sehingga yang boleh menjatuhkan maruah kita sebagai pembawa Islam itu sendiri. Apapun semuanya bergantung kpd diri kita sendiri. Sesungguhnya manusia yg kental imannya tidak akan sedikit pun terjejas dgn cbrn di sekeliling mereka. saya yakin dan percaya, sahabat2 juga mahu menjadi seperti mereka yang kental serta tegar imannya.


“…..wahai sahabat2, serulah mereka berbuat kebaikan dan cegah lah dari membuat kemungkaran…kata seorang sahabat mengingatkan yang lain”.......

Adakalanya Kita perlu memberi peringatan pada orang sebagaimana seruan Khaliq dalam surah AlA’la(ayat 9) dimana dalam peringatan itu banyak manfaatnya… , kita pinta orang buat itu dan ini, tetapi pernahkah kita terfikir dimanakah kita meletakkan diri kita sewaktu bercakap, adakah kita hanya sekadar memberi peringatan/memberi arahan @ menuding jari kea rah orang lain apabila tersilap. Saya teringat kisah seorang sahabiah pada zaman Rasulullah Saw, iaitu hindun binti abu umaiyah, dimana dia ni merupakan isteri kepada rasulullah dan jg ibu kepada salamah ( ummu salamah ). Nak dikisahkannya, suami ummu salamah ni sangat aktif di medan perang sehinggakan syahid di pangkuan Rasulullah semasa perang Uhud. Agak lama beliau menjadi ibu tunggal. Ramai sahabat yg dtg utk melamarnya termasuk Rasulullah sendiri tetapi beliau menolaknya dgn cara yg baek, sehinggakan ape kate ummu salamah semasa dipinang rasulullah, “ aku menolak lamaran Rasulullah krn aku sudah tua, bersifat cemburu, dan byk tanggungan keluarga,”.
Maka jawab Rasulullah, “Ya Ummu salamah, jika kamu sudah tua, maka aku lebih tua darimu, jk kamu bersifat cemburu, maka Allah akn hilangkan sifat cemburu dlm diri kamu, jk kamu byk tanggungan keluarga, maka Allah dan Rasulnya akan menanggungnya,’. Terpegun Ummu salamah mendengar jawapan nabi dan beliau bersetuju berkahwin dengan Rasulullah. Sewaktu beliau mengikuti rombongan utk menunaikan haji di Makkah, rombongan Rasulullah telah dihalang pasukan tentera quraisy Makkah daripada memasuki kota Makkah sehinggalah termeterai perjanjian hudaibiyah, selepas perjanjian tu Rasulullah mengarahkan pengikut rombongannya sembelih unta, cukur rambut dan kemudian akan pulang semula ke Madinah semula. Alangkah terkejutnya Rasulullah melihat tiada seorang pun dikalangan mereka menyahut arahan Nabi dan Rasulullah tidak ulang arahan tersebut kerana salah satu sebab nabi takut turun kemurkaan Allah pd mereka yang enggan mengikuti arahan baginda, SUBHANALLAH. Baginda berasa sangat sedih dan masuk ke dalam khemah. Maka ummu salamah pun bertanya, ya Rasulullah mengapa kamu bersedih wahai kekasih Allah? Maka rasulullah pun menceritakan kpd isterinya, maka apa kata ummu salamah, “keluar sekarang dan jangan kata apa- apa pada mereka, sembelih unta sebagai korban dan panggil tukang gunting untuk cukur rambut”. Baginda menuruti cadangan ummu salamah dan terbukti apabila Rasulullah melakukan semua perkara itu, semua ahli rombongan bangkit dari tempat duduk lalu menyembelih korban masing-masing serta cukur rambut. Ini terbukti, bahawa praktikal dalam sesuatu perkara lebih efektif berbanding dengan berkata kata sahaja..Justeru, saya menyeru diri yang dhaif ini dan sahabat2 agar kita renung kembali, koreksi diri seterusnya laksanakan apa yang kita iqrarkan, ble rujuk surah Assaf ayat 2-3. sebagaimana pentazkirah subuh semalam banyak mengingatkan saya tentang ayat tersebut dan agar kita sebagai hamba Allah ini, perbanyakan koreksi diri dan laksanakan apa yang kita ucapkan….


Akhir kalam,

Banyak lagi nak share tapi cukuplah sekadar ni sahaja dulu…
“ Jana ibadah, koreksi akademik, aplikasi dakwah”.

Ya Allah Engkaulah Pelindung kami,
Engkaulah sumber rezeki kami,
Semasa sakit Engkau sembuhkan kami,
Di waktu lapang Engkau beri makan.
Jangan biarkan kami tanpa pimpinanMu,
Pimpinlah kami ke jalan yang benar,
Kepada Engkaulah harapan kami,
Janganlah hampakan perasaan kami.


Moga kita semua diberkati Allah, sama2 perbanyakkan berdoa dan pergantungan pada Allah SWT dengan berusaha.salam ramadhan kareem….

Wallahua’lam…
Harapanku padaMu Subur Kembali

No comments:

Post a Comment