Kringgg!!!...“ salam Ali, kat mane ni? Ada mesyuarat skang ni, xdatang ke?xnampak pun…” w’slm abu, oo sy xdpt dtg la, ade keje byk ni x siap, esseimen da seminggu x siap2 lg, baju x basuh lg”…tut2…
Sudah terang lagi bersuluh rutin harian seorang pendakwah yang penuh dengan tugasan yang banyak untuk disiapkan. Jk kawan2 kita masih boleh menonton cerita korea sampai ke pagi, masih boleh bertepuk bertampar, masih boleh bershopping sakan, masih boleh bermain game hingga ke pagi sedarlah wahai kalian kamu tidak punyai masa untuk semua itu melainkan hanya sedikit masa kamu untuk itu.teringat pesanan ustazah saya semasa di MANAD dulu, “masa itu seperti pedang”, jk kamu tidak menggunakan masa semanfaat mungkin, masa itu jg tidak mungkin akan kembali setalah dicantas oleh mata pedang yang sgt tajam, mana mungkin kepala yang dipancung kembali tersambung tanpa izinNya.?(fikirkan). Justeru, mengapa kita selalu beralasan untuk menutupi kelemahan kita? kita selalu beralasan bahawa meeting yang terlalu banyak, program yang terlalu padat, tiada masa untuk buat assignment,terlebih mendukacitakan aku buat ni bukan dapat apa2 pun, penat je.NA’UZUBILLAH,.
wahai sahabat2, sesungguhnya tindakan terhadap orang lain yang tidak pernah bersedia menafkahkan harta untuk kepentingan dakwah selalu didasarkan pada firman Allah yang bermaksud
“Hai kaumku, Aku tiada meminta harta benda kepada kamu(sebagai upah) bagi seruanKu”, kalian boleh jg mrujuk surah (AtTaubah:110)…
kadangkala kita beralasan kerana kerja yang bertangguh semakin bertimbun2, tutor 5 soalan x siap, eseimen 2 soalan x siap,esok ade kuiz, presentation dan byk lg yang tiada berkesudahan, kadang2 kita beranggapan kawan laen bole la pergi program,attend meeting dorang xde keje, pointer dorg pun cukup makan je.itulah realitinya, tetapi hakikatnya itulah kelemahan diri kita, kikislah sikap suka bertangguh kerja kerana itu bukan sikap KITA, bahkan ia akan menambahkan bebanan kerja, apabila minda terbeban hati mulai gusar fikiran berkecamuk dan mudah dihasut syaitan sehingga terdetik perasaan ingin lari dari medan dakwah dsb.(na’uzubillah).
Yang kedua, sikap pentingkan diri sendiri, jk kita kata kita sibuk dgn assignment tanyalah pada kawan2 lain adakah mereka banyak masa untuk hadir ke mesyuarat?hadir ke program? Hadir ke diskusi?..mereka tiada assignmentkah?mereka bukan pelajarkah? Tidak terkekankah mereka? Hakikatnya, kawan2 kita sentiasa tertekan, bukankah kita perlu bersedia bekerja di bawah tekanan??? Serta bersedia untuk tidak bersedia???…bukan saya menafikan untuk buat assignment tetapi penuhkanlah ruang masa yang ada dengan persediaan akademik kerana akademik adalah salah satu elemen penting bagi kita serta carilah celahan2 masa untuk persediaan pentarbiyyahan diri..tepuk dada, fikirlah sendiri!
Astaghfirullahala’zhim(3x)…, subhanallah semoga Allah mengampuni dosa2ku serta sahabt2ku jua membuka pintu hati kita agar ikhlas dalam beribadah kepada Allah SWT. Ya Allah ampunilah kami wahai Pemilik hati2 yang lalai...
No comments:
Post a Comment