4 Ramadhan 1427 H (5.20 pg)….
Seusai bersahur disisi emak,
terus ku tukarkan pakaiannya. Rambutnya ku sisir penuh hati- hati. Risau sikat terkena
pada luka pembedahan. Ku tenung dalam dalam raut usianya, ku kemaskan wajahnya,
hatiku berbisik sendiri dengan resahnya hati ini. Teringat cerita emak 3 minggu
lepas sewaktu menjaga baba di hospital, tanda tanda kematian menjelma bila kuku
membiru dan tapak tangan kekuningan. Kuangkat tangan emak dan kulihat sendiri
kejadian yang sama. Berderau darah, luluhnya hati sewaktu menghadapinya. Hanya perkataan
‘ emak, emak, emak….’ Suara halusku terlalu lemah dan perlahan. Ku gagahkan
merapati ke telinganya sambil menyebut kalimah thoyyibah, bibirnya beralun
dalam deru nafas terakhir. Kuperhati nafasnya naik dan terus turun tanpa ada
pergerakkan selepas itu. Dalam percaya atau tidak, aku terus memanggil nurse. Dlm
pada itu, aku terus tinggalkan mereka untuk solat subuh sementara doktor sampai.
Dlm jam 6.20 pg Dr sahkan pemergian emak buat selama lamanya. Mesej ringkas
terus ku hantar kepada abang ku. Dalam percaya atau tidak, rupa2nya aku kehilangan
kedua2nya dalam masa yang terlalu pantas. Memori ini masih segar dalam kotak minda,
terpahat dalam kamar hati walaupun 6 tahun telah berlalu. Ujian ini benar2 menggoncang
seluruh jasad. Aku bukanlah setabah Fatimah Azzahra menghadapi kematian
Ayahandanya Rasulullah SAW. Cuma Insan biasa lagi kerdil, yang terlalu dhaif
disisi Allah SWT.
Masih
kuingat saat pengkebumian di pusara baba dan emak, setelah ramai telah pulang. aku tidak mahu pulang. Kataku, ingin duduk
disini, nak ikut mak dan baba. Abang hanya tertunduk ke tanah tanpa berkata,
mungkin menahan sedih dan sayu. Meluncur satu suruhan dari pakcikku, katanya “
Faizal, pujuk ida dan tarik dia balik” sambil pakcik terus berlalu, mungkin
pakcik juga sedih sebab beliau antara orang paling akrab dgn arwah baba. Teringat
pujukan abang kepadaku “ da..jom balik” saat dia tak mampu meneruskan kata2,
die terus menarik lenganku. Ketika berjalan keluar dari kawasan perkuburan, ku
terlihat 4 kelibat sahabat sekolah, rupanya mereka setia menungguku dari tadi. Sekarang
ni, salah seorang darinya juga telah pergi menghadap Ilahi setahun selepas aku
kehilangan permata hati.
6
tahun telah berlalu, ia terlalu perit untuk dilalui namun percayalah Allah itu
Maha Mengetahui setiap yang berlaku. 6 tahun jugalah abangku setia berbalas
mesej. Setiap kali Ramadhan , setiap kali berbuka dia tidak pernah termiss
mesej “ dah buke” atau pun “ buke ape”, dan setiap pagi, mesej die “ bgn sahur”
ataupun “ dah bangun”..walaupun ringkas namun amat2 bernilai bagiku. Penuh makna.
Aku sangat merindui abang tapi jarak membataskan. Dialah yang selalu bertanya
kabar, dia jugalah yang selalu memberi keyakinan untukku buat keputusan. Tika aku
sakit, dia yang banyak bertanya keadaanku sehinggalah dia benar2 mendengar
suara sihatku. Walaupun abang ku ini digeruni oleh abang2 yg lain. garang
orangnya namun di satu sudut aku melihat dia sangat penyayang sebenarnya. Cuma tidak
dizahirkan scr fizikal tetapi dizahirkan dgn perbuatan tanpa sedar. Sesungguhnya
aku mendoakan kesejahteraan buat abang2 dan kakak2ku, semuga Allah limpahi
taufiq dan hidayah serta rezeki yang melimpah ruah kepada kalian. Sesungguhnya
adikmu ini sangat menyayangi kalian. Hanya doa yang mampu dihadiahi.
Al
Fatihah buat ayahbondaku yang telah kembali ke Rahmatullah. Semuga Allah cucuri
Rahmat ke atas Ruh Emak dan Baba di sana. 14 Sya’ban 1427H dan 4 Ramadhan 1427H