Allah…sakitnya rasa rindu ini, tak
sabar mahu bertemu denganmu kembali. Setelah rehatku yang melelahkan rasa rindu
ini. Kini, kembali bertaut antara Kau dan aku yang kerdil ini. Bersyukur saat
Kau masih mencintai diriku, aku harap dengan penuh pengharapan Kau masih
meredhai segala perbuatanku. Aku malu
dengan tompokan tompokan dosa dan maksiat yang telah berlalu, sedang berlaku
dan akan berlaku. Allahummaghfirlii Ya Allah…Allahummaghfirlii Ya
Allah..Allahummaghfirlii Ya Allah…Ampunkan daku Ya Allah. Di saat ini Kau masih
beri kekuatan kepadaku walaupon aku pernah menzalimiMu, pernah rapuh pada
janjiku sendiri, namun Kau tetap
mengiringiku..betapa malunya aku untuk meminta minta daripadaMu. Hakikatnya,
aku masih makhluqMu Ya Rabb, REDHAILAH aku Ya Allah…peliharalah kehormatanku, perbetulkanlah
akhlaqku, tegurilah aku dalam kelancanganku berbicara. Sesungguhnya terkadang
aku tidak melihat aibku sendiri melainkan teguran dariMu ya Allah. Aku
memerlukan Mu Ya Rahman Ya Rahiim.
Pada
saat itu, Kau telah hadirkan rasa sayu dan hiba dalam qalbuku, terima kasih Ya
Allah, syukur Ya Allah. Aku masih disayangi. Aku masih dijagai. Aku masih
diperhati. Aku masih dikasihi. Benar Ya Quddus, aku perlukan cintaMu, saat ini
dan seterusnya aku perlu kan cinta suci itu. Bimbinglah daku menuju REDHAMU Ya
Rabb. Cuba ku buang sedaya ku dari cinta dunia yang telah bertapak di hati,
namun ia takkan Berjaya tanpa bantuan dan pertolonganMu. Bantulah aku Ya Allah,
tiada persiapan yang rapi utk berehat di sana, tiada bekalan yang cukup untuk
istirahat yang panjang.
Jarum sentiasa berdetik, tanpa sedikitpun
menghiraukan diriku. semakin hari detik itu semakin bertambah. Semakin hari
dosa turut menyinggah. Lantaran dari kesesakkan dosa itu terkadang membuatkan mujahadahku
musnah. Sentiasa “renew” yang tiada penghujungnya….